Pilih Simpulan Bahasa yang paling sesuai bagi situasi yang berikut.
1. Tulisan pelajar itu amat buruk.
A Cepat tangan B Bekas tangan
C Cangkul angin D Cakar ayam
2. Mak Limah membiarkan anaknya melakukan sesuatu yang disukainya dengan bebas.
A Angkat kaki B Lupa daratan
C Beri muka D Cari jalan
3. Mereka keluar bersiar-siar untuk berehat.
A Masuk angin B Ada angin
C Ambil angin D Naik angin
4. Kassim mengambil sikap berkecuali dan dia tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak yang berbalah itu.
A Atas pagar B Atas angin
C Batu loncatan D Angkat kaki
5. Perempuan yang berwajah cantik itu tidak bersopan dan berbudi bahasa.
A Bunga dedap B Pisau cukur
C Samar muka D Puteri lilin
soalan yg bgus untuk pelajar :)
ReplyDelete