Selamat Datang ke LAMAN KESANTUNAN BERBAHASA

Thursday, 1 November 2012

PERIBAHASA

Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas dan mempunyai makna-makna yang tertentu. Peribahasa mengandungi teladan dan pengajaran. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:-

1. Simpulan Bahasa
2. Bidalan
3. Pepatah
4. Perumpamaan

1. SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk memperjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Contoh simpulan bahasa:-

1. Ada hati                        : ada kemahuan
2. Banyak mulut                : banyak bercakap
3. Buta huruf                     : tidak tahu membaca atau menulis
4. Cahaya mata                 : anak
5.Darah daging                 : anak/ kaum keluarga sendiri

No comments:

Post a Comment