Coretan spontan
Esok 10 November saya akan menghadiri kelas terakhir bagi semester ini. Tugasan yang diberikan mengikut subjek telah hampir siap mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Forum-forum juga telah di tajuk yang ke 5. Semoga segala tugasan dapat disiapkan . Insyaallah.
Tugas sebagai guru tahun 6 telah pun berakhir hari ini tetapi keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November. Semoga anak murid ku mendapat kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.
Sekian. Jumpa lagi di coretan seterusnya.
Friday, 9 November 2012
Saturday, 3 November 2012
Coretan spontan 2
Saya telah memasukkan dua jenis latihan yang berkaitan dengan simpulan bahasa. Cubalah menjawabnya. Saya akan meneruskan coretan pada sesi seterusnya. Sekian.
Tugasan Pratikal 2
Pilih Simpulan Bahasa yang paling sesuai bagi situasi yang berikut.
1. Tulisan pelajar itu amat buruk.
A Cepat tangan B Bekas tangan
C Cangkul angin D Cakar ayam
2. Mak Limah membiarkan anaknya melakukan sesuatu yang disukainya dengan bebas.
A Angkat kaki B Lupa daratan
C Beri muka D Cari jalan
3. Mereka keluar bersiar-siar untuk berehat.
A Masuk angin B Ada angin
C Ambil angin D Naik angin
4. Kassim mengambil sikap berkecuali dan dia tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak yang berbalah itu.
A Atas pagar B Atas angin
C Batu loncatan D Angkat kaki
5. Perempuan yang berwajah cantik itu tidak bersopan dan berbudi bahasa.
A Bunga dedap B Pisau cukur
C Samar muka D Puteri lilin

Tugasan Pratikal
Pilih Simpulan Bahasa yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1. Budak-budak _____________________ itu lari bertempiaran apabila melihat kereta peronda polis menghampiri mereka.
A kera sumbang B kaki ayam
C kutu embun D lidah biawak
2. Pemuda yang _________________________itu akhirnya diberkas oleh polis ketika dia mencuba untuk mencuri sebuah dompet kulit di pasar raya itu.
A mati kutu B pendek akal
C panjang tangan D hidung belang
3. Keadaan mangsa kemalangan itu seperti _______________________ sewaktu dia dibawa oleh ambulans ke hospital pagi tadi.
A putih mata B mati celek
C nyawa-nyawa ikan D pejam mata
4. Perbuatan sumbang anak orang kaya itu telah menjadi ______________________ orang-orang kampung.
A buah tangan B batu api
C bekas tangan D buah mulut
5. Pak Zainal dan keluarganya menerima kunjungan pelajar-pelajar dari Korea itu dengan _________________________.
A tangan terbuka B pejam mata
C samar muka D rimngan kepala

Friday, 2 November 2012
Coretan spontan
Saya telah pun menyenaraikan beberapa contoh peribahasa yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan seharian kita. Peribahasa Melayu sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya berharap contoh-contoh tersebut dapat digunakan oleh sesiapa sahaja. Saya akan menulis lagi untuk memberikan contoh-contoh latihan yang berkaitan dengan peribahasa. Sekian.
4. BIDALAN
Bidalan ialah susunan kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Didalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.
Contoh:-
1. Biar lambar asalkan selamat
Maksud: membuat sesuatu kerja dengan berhati-hati supaya sempurna
2. Layang-layang putus tali
Maksud : orang yang hilang tempat bergantung
3. Nasi sudah menjadi bubur
Maksud: sesuatu kerosakan yang tidak dapat dibaiki lagi
4. Rosak badan kerana mulut
Maksud: mendapat kesusahan kerana terlanjur cakap
5. Tepuk dada tanya selera
Maksud: kerja yang dibuat hendaklah menurut keyakinan

3. PEPATAH
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:-
1. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
maksud: perbuatan baik akan mendapat balasan
2. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
maksud : betapa susah melihat penderitaan seseorang susah lagi orang yang mengalaminya
3. Harapkan pagar, pagar makan padi
maksud: seseorang yang diharapkan tetapi dia yang membinasakannya
4. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
maksud : budi baik yang diterima tidak dapat dibayar seumur hidup
5. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud: menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Thursday, 1 November 2012
2. PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, macam, baik dan seperti.
Contoh:-
1. Bagai aur dengan tebing : bermuafakat ; tolong-menolong
2. Seperti cacing kepanasan : berasa gelisah
3. Seperti katak di bawah tempurung : orang yang cetek pengetahuan
4. Seperti pahat dengan penukul : orang yang bekerja apabila diarahkan
5. Seperti ular kena palu : keadaan yang bengkang bengkok

PERIBAHASA
Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas dan mempunyai makna-makna yang tertentu. Peribahasa mengandungi teladan dan pengajaran. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:-
1. Simpulan Bahasa
2. Bidalan
3. Pepatah
4. Perumpamaan
1. SIMPULAN BAHASA
Simpulan Bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk memperjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.
Contoh simpulan bahasa:-
1. Ada hati : ada kemahuan
2. Banyak mulut : banyak bercakap
3. Buta huruf : tidak tahu membaca atau menulis
4. Cahaya mata : anak
5.Darah daging : anak/ kaum keluarga sendiri

Friday, 5 October 2012
Diri Saya
Saya Zaniah bt Mohamed Yusof (D20112055901) pelajar kohort 3 PJJ UPSI. Saya telah mengajar selama 20 tahun di negeri Perak. Blog ini dibuat bagi menambah ilmu pengetahuan dan melengkapkan kerja kursus bagi subjek KRT 3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.
Subscribe to:
Posts (Atom)